Landing page ni matlamatnya ialah untuk mendapatkan leads berkualiti. Ia direka khas untuk memastikan prospek sentiasa terarah untuk melakukan satu tindakan - iaitu menghubungi kita, sama ada melalui contact form yang disediakan, atau direct WhatsApp.
Tapi, kalau takda trafik (pelawat), tak guna juga. Berikut adalah cara yang boleh dicuba untuk tarik trafik ke landing page kita:
1. Letak Link di Profile Media Sosial
Ini hukumnya wajib anda buat. Pastikan link ke landing page dimasukkan pada profile media sosial anda.
2. Aktif di Media Sosial
Ada banyak platform - , , , dan sebagainya. Mana satu nak guna? Gunakan platform dimana prospek anda berada. Kena perhati di mana prospek anda selalu online.
Setiap kali anda post apa² berkaitan promosi takaful, selitkan link ke landing page sekali. Paling bagus, kalau content anda dalam post tu sequential atau bersambungan (berpadanan) dengan content di landing page.
Begini, katakan prospek lihat A,B,C,D pada posting anda. Bila dia klik link tu, fikiran dia secara automatik menjangkakan akan ada E,F,G,H bila mendarat ke landing page. Ini memberikan "browsing experience" yang baik kepada prospek.
Buat posting dengan mentaliti berkongsi. Kita takkan berkongsi sesuatu yang kita rasa takda value, tak bernilai, kan? Ini yang buat prospek rasa nak klik link ke landing page tu.
Lagi satu, galakkan team anda untuk share posting anda di social media mereka. Anda pun boleh share posting mereka, saling tolong menolong.
Kalau kena dengan caranya, content marketing di sosial media ni boleh bawa banyak trafik ke landing page, walaupun percuma.
3. Tarik Trafik Guna Iklan Berbayar
Ni cara paling cepat nak tarik trafik. Tapi kena ada modal lah.
Facebook Ads contohnya, sangat bagus untuk target betul² golongan sasaran anda.
Iklan berbayar ni bukan sahaja bagus untuk tarik trafik, anda juga dapat bandingkan jenis content yang mana satu yang paling berkesan kepada audiens anda, untuk setiap platform.
Kena cuba², buat split test. Konsisten. Bila dah dapat "the winning ads" tu, anda dah boleh goyang kaki tunggu prospek masuk.
Facebook Ads
*Boleh baca tips untuk promosi di Facebook di sini
Kalau nak lagi best, rujuk orang yang memang fokus pada niche takaful, macam tuan Megat Yuzmi.
Selain tu boleh juga cuba Google Ads, Instagram Ads, TikTok.
4. Aktif di Lubuk Prospek
Pastikan di mana prospek anda selalu berada. FB Group, Mesenger, WhatsApp, Telegram? Kongsikan link landing page anda.
Cuma kena hati², jangan sampai anda dianggap spamming. Ada beza diantara Spamming vs Sharing.
Sharing = berkongsi sesuatu yang bernilai
Spamming = buat kacau, hanya semata² bubuh link sahaja
Buat posting dengan mentaliti berkongsi. Kita takkan berkongsi sesuatu yang kita rasa takda value, tak bernilai, kan? Ini yang buat prospek rasa nak klik link ke landing page tu.
Add value to these communities. Jadi bila jemput orang masuk ke landing page, mereka tidak rasa kita sedang melakukan promosi.
5. Explore !
Sengaja saya asingkan LinkedIn ni jadi tajuk lain. Sebab tak ramai ejen yang nak cuba platform LinkedIn ni. Selalu prospek yg berkualiti ada disini, terutamanya prospek untuk takaful recruitment.
Takaful adalah produk finance yg berimej profesional dan korporat, amat sesuai di marketkan di LinkedIn. Kita bukan jual tudung atau kosmetik timbang kati.
Bersosial lah di ruangan diskusi LinkedIn yg relevan dengan takaful. Fokuskan untuk educating audiens anda dan tunjukkan kepakaran dalam takaful, finance dan seumpamanya.
Bina trust dulu. Kemudian baru selitkan link ke landing page dalam post yang berasingan.
LinkedIn ni pun ada feature iklan berbayar, anda boleh cuba.
6. Daftar Google My Business
Percuma, rugi tak buat.
Anda boleh masukkan detail bisnes takaful anda, serta gambar, lokasi dan link ke landing page anda. Info dari profile Google My Business anda senang muncul di Google Search dan Google Maps.
7. Tarik Trafik Guna Blog
Di landing page anda, saya ada sediakan ruangan blog. Gunakannya. Hasilkan 3-4 blog post setiap bulan.
Blog bukan sahaja mampu membawa lebih banyak trafik tetapi juga membina hubungan yang lebih kuat dengan prospek. Anda tak perlu risau bab teknikal, cuma beri pada saya bahan apa yang nak di post di blog.
Saya buatkan yang selebihnya.
Dalam artikel tu nanti, saya akan selitkan link ke landing page. Satu lagi, artikel di blog ni boleh juga di share di platform media sosial anda.
Nak lagi bagus, hasilkan artikel yang original, dan segar. Google sangat sukakan content segar. Ni dapat tingkatkan ranking carian landing page anda di Google Search.
Banyak isu dan topik untuk anda tulis di blog. Dari topik biasa berkenaan produk² takaful, cerita² dan latar belakang klien² anda sebelum ni, cerita kejayaan ejen² yang anda rekrut dan sebagainya.
Takda masa? Jika anda boleh spend masa post status di Facebook setiap hari, dah tentu boleh spend sedikit masa untuk blog. Tak perlu buat artikel panjang lebar macam novel pun, cuma panjang sikit dari post biasa anda di Facebook dah cukup.
8. Blog Walking
Anda jalan² ke blog orang lain, dari satu blog ke satu blog. Tinggalkan komen yang bernilai (valuable). Ini akan menarik perhatian pemilik blog atau pembaca lain untuk lawati blog dan landing page anda pula.
9. Tarik Trafik Dengan Email Marketing
Bina satu email list. Kumpulkan list alamat email prospek anda.
Setiap kali anda publish content di blog, saya akan sediakan satu form ringkas untuk minta pembaca bagi email mereka jika berminat.
Bila dah ada subscriber list, anda boleh kongsikan apa² artikel menarik dan terbaru kepada mereka melalui email. Seperti teknik sebelum ni, boleh selitkan link ke landing page anda dalam email.
Anda boleh email mereka satu per satu, atau kalau list tu terlalu banyak, saya cadangkan guna tools macam MailChimp atau Aweber.
10. Email Signature
Ini adalah cara paling senang dan mudah. Letakkan alamat / url landing page anda pada email signature.
11. Berkawan Dengan Influencers
Lebih tepat lagi, micro-influencer. Sebab nak minta tolong influencer (artis, selebriti) promote landing page kita mahal cas dia selalunya.
Jadi, cuba rapat dengan micro-influencers, mereka ni berpengaruh dikalangan spesifik niche. Cari yang ada followers 5000 ke atas. Bila bekerjasama dengan micro-influencer ni, capaian terhadap landing page anda pun meluas.
Kredibiliti jenama anda juga meningkat, memandangkan manusia ni lebih senang percaya recommendations dari pihak ketiga berbanding dari anda sendiri.
12. Ebook Percuma
Hasilkan satu ebook. Boleh jadi ebook berkenaan produk takaful, tips pengurusan kewangan, kerjaya takaful dan seumpamanya. Dalam ebook tu, letakkan sekali link ke landing page.
Kemudian edarkan ebook secara percuma pada sasaran prospek anda.
Katakan ada 1000 orang download, paling kurang ada 10-20 orang akan klik link itu. Cara mudah meningkatkan trafik ke landing page.
13. Kongsi Content di SlideShare
SlideShare sebenarnya satu platform yang powerful. Anda boleh jadikan slideshare sebagai presentation kit online yang jauh lebih baik berbanding cara tradisional macam PowerPoint.
Setakat ni, SlideShare ada lebih 60 juta unique visitors, jadi anda boleh gunakan peluang ini untuk cuba tarik lebih banyak trafik ke landing page anda.
Kalau anda rasa Facebook jana lebih banyak leads berbanding SlideShare, anda silap.
Ada satu kajian oleh Did It mendapati SlideShare menjana 500% lebih banyak trafik berbanding Facebook, Twitter, atau YouTube.
Dalam slide presentation anda tu, masukkan link landing page pada ruangan description dan dalam slide tu sendiri. Lepas tu biarkan je.
14. Printed Material
Akhir sekali, boleh masukkan link landing page anda dalam apa² media bercetak atau marketing kit anda - flyers, pamplet, business card dan lain².
Nak lagi bagus, create satu QR code untuk di paparkan di media bercetak ni. Senang orang nak pergi ke landing page anda, hanya scan je QR code guna henfon.
Ada banyak tool percuma untuk create QR Code ni, antaranya: www.qrcode-monkey.com.
Kesimpulan
Macam mana?
Ada tak item dalam senarai diatas yang telah anda lakukan?
Ok, apa yang patut anda lakukan sekarang ialah:
Setkan satu masa pada minggu ni, dalam 30 minit, untuk anda "audit" marketing strategy anda, dan pilih satu atau dua cara yg disenaraikan di atas untuk dicuba. Buat macam satu checklist.
Hujung bulan, saya akan send kepada anda laporan Analytics trafik landing page anda. Dari data Analytics ni, anda boleh rancang strategi yang seterusnya.
Sebenarnya ada banyak lagi cara² untuk tarik trafik. Tapi cukup setakat ni dulu, nanti saya buat bahagian kedua pula. List ni pun saya dah cuba ringkaskan.
Anda boleh tanya saya kalau nak bincang lebih mendalam setiap cara diatas. Kita kongsi idea.
Sekian, semoga bermanfaat.