Landing Page Takaful?

Landing Page tu cemana?

*Nota: Posting ini disediakan untuk mereka yang tak pernah dengar perkataan Landing Page.

Landing Page ni sejenis website. Untuk bisnes takaful, Landing Page digunakan untuk mendapatkan leads sales (produk² takaful seperti Hibah, Medical Card) dan juga untuk kumpul leads bagi tujuan recruitment ejen baharu. Ia berbeza dengan web page yang biasa:

  1. Ia mengandungi tawaran kepada prospek dan borang untuk anda mengumpul maklumat prospek.
  2. Landing Page tidak mempunyai menu (navigation) atau apa² clickable link yang boleh membawa prospek keluar dari Landing Page tersebut.
  3. Satu²nya fokus dan matlamat Landing Page ialah untuk dapatkan leads.

Segala content dalam sebuah Landing Page mesti memastikan prospek sentiasa terarah untuk melakukan satu tindakan - iaitu menghubungi anda.

Oleh itu, anda tidak akan nampak apa² elemen lain yang boleh mengganggu fokus prospek bila berada dalam Landing Page tersebut.

Lihat di mana Landing Page berada dalam sebuah marketing funnel:

landing page takaful
Seperti yang anda lihat di atas, selepas klik apa² link dari posting anda di media sosial atau iklan berbayar (Media Sosial atau Google) prospek akan dibawa terus ke Landing Page.

Di Landing Page inilah conversion ( prospek takaful menjadi leads takaful) berlaku.

Landing Page mesti ada 'Call to Action', iaitu arahan yang perlu diberikan kepada prospek anda. Apa tindakan susulan yang mereka perlu buat, perlu isi borang ke, atau WhatsApp ke.

Dari borang ni kita boleh collect data leads, demografik, macam nama, email, no telefon, umur dan sebagainya.

Kelebihan Guna Landing Page Takaful

1. Leads berkualiti

Anda pernah tak dapat leads takaful yang hampeh? Gaya macam berminat, pastu bila jumpa atau ajak diskas punya la liat nak close. Harini anda present, lagi 3 tahun baru close. Tak pun memang tak close langsung.

Ha, Landing Page, bila direka dan dipadankan dengan marketing funnel yang betul, boleh jadi salah satu cara untuk kumpul leads berkualiti. Boleh filter out siap² leads hampeh tadi tu.

2. Fokus

Lagi satu, di Landing Page ni kita boleh fokuskan pada satu² target yang spesifik. Katakan anda nak run kempen Hibah, boleh buat Landing Page Hibah.

Nak rekrut ejen pun boleh targetkan ikut umur dan demografik prospek. Lagi spesifik sasaran audiens, lagi senang nak close, atau nak convert jadi leads berkualiti.

Berbeza kalau anda taburkan flyers di dalam mall kan? Tabur secara random, pastu harapkan dalam beribu² orang tu ada yang akan jadi leads anda.

3. Actionable Data

Lagi satu, data yang dikumpul dari Landing Page juga boleh dianalisis. Anda boleh kenal pasti di mana lubuk prospek anda, golongan mana respon paling tinggi terhadap satu² kempen marketing yang dijalankan.

Dari sini, anda boleh rancang strategi marketing seterusnya.


InsyaAllah, saya akan cerita lebih lanjut dalam posting akan datang, elemen² yang penting dalam sebuah Landing Page yang berkesan untuk mengumpul leads berkualiti. Tulis panjang² pun nanti malas nak baca haha.

Yang penting, anda dah kenal apa itu Landing Page : )

Nak tengok contoh² Landing Page takaful yang saya dah buat?

WhatsApp je saya, saya tunjukkan.

- Razman

© 2024 sewwwa | An initiative by Ardentwire to make quality websites affordable to all. | Privacy | Terms